Terma dan Syarat

Tempahan

  • Pihak kami tidak berhak mengosongkan mana mana tarikh tanpa deposit.

Bayaran

  • Deposit sekurang kurangnya RM100 perlu dibayar menempah tarikh.
  • Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan atau perubahan tarikh yang mana jurugambar tidak boleh bertugas
  • 50% jumlah bayaran hendaklah dijelaskan selewatnya sebulan sebelum tarikh majlis berlangsung. 20% bayaran perlu dijelaskan selepas berakhir majlis dan baki 30% perlu dijelaskan sebelum mula mencetak album (jika ada).

Pemilihan Gambar

  • Gambar resolusi rendah tanpa edit akan dihantar kepada pengantin selewatnya 7 hari selepas majlis berakhir.
  • Pengantin bertanggungjawab untuk memilih gambar yang akan digunakan di dalam album.
  • Dalam masa 4 minggu selepas pemilihan gambar, sampel album akan dihantar kepada pelanggan untuk semakan. Sebarang perubahan untuk 4 muka pada design adalah percuma. Perubahan seterusnya akan dicaj RM50/muka.

Cetakan

  • Album akan mula dicetak selepas pembayaran penuh dibuat oleh pelanggan.

Penghantaran

  • Penghantaran album akan mula dibuat dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas pembayaran penuh.

Liabiliti

  • Jika jurugambar tidak dapat hadir pada hari kejadian kerana masalah atau perkara yang tidak dapat dielakkan, kami berhak mengarahkan jurugambar lain yang bersesuaian tanpa persetujuan pelanggan atau pelanggan berhak mendapat balik bayaran yang telah dibuat.

Hakmilik

  • Pihak kami berhak sepenuhnya terhadap gambar yang dihasilkan dan boleh menggunakan gambar untuk tujuan pemasaran dan promosi di mana mana medium.

Pelanggan tidak berhak untuk menggunakan gambar bagi tujuan komersial tanpa persetujuan bertulis dari pihak kami.

Harga

Semua harga atau caj tambahan yang dikenakan boleh berubah tanpa notis.

Advertisements